Assalamualaikum.......
Perkahwinan adalah satu tahap hubungan
yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain.
Perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama
lain. Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap
bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza.
Namun bagaimana jika suami anda seorang yang panas baran?
Ada yang
berpendapat bahawa sifat panas baran akan hilang jika sudah berkahwin.
Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat
panas baran ini sehingga ke alam rumah tangga. Seringkali banyak yang
kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas.
Oleh itu, bagaimanakah caranya menghadapi suami panas baran yang anda cintai itu?
1. Berhenti merajuk
Rajukan adalah suatu perkara yang sangat
menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang wanita sangat
ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan
mudah emosi jika melihat anda merajuk.
Tips: tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat.
Cuba cari waktu yang sesuai untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin
anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang
disukainya. Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia
dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga.
2. Berfikiran Positif
Apabila si suami mulai marah tanpa
alasan dan mulai meleret kearah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan.
Hati – hati, ini akan menyebabkan anda akan terpancing untuk naik
angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu
untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi.
Tips: dekati dia dan belai dengan
sentuhan lembut tangan Anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan
bahawa anda mengerti dan memahaminya. Jangan balas dengan cercaan
pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan
membantunya merasa lebih tenang.
3. Luangkan Waktu Bersama
Susun kegiatan bersama yang menyenangkan
setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin,
namun sebuah saat dimana waktu bersama adalah yang paling penting di
dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan
menyelami perasaannya.
Kunci yang harus selalu kita pegang adalah: kesabaran
Seseorang memang boleh berubah, namun memerlukan waktu yang cukup lama kerana dia masih perlu belajar beberapa perkara untuk menyesuaikan diri. Jadi, jika suami anda panas baran, jangan terburu – buru meninggalkannya dan mengucapkan “ceraikan saya”.
nice posting tun!
ReplyDeletememang setuju la tu..kalau bini panas baran pun ble buat tips yang sama..hehe
Betoi tu encik...hehehe...sharing is caring...
ReplyDeletesetuju... dan yang paling penting adalah memahami pasangan...
ReplyDelete