Followers

Wednesday, 15 January 2014

Musim nak Buat KEK....

Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb
Sumber: Izzah Muffin



Bahan : 
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam


Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.
 
 
KEK COKLAT MAYONIS
Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan mayonis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji telor gred B (*ni akak tambah)
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh butter oil
  • 1/2 cawan kepingan badam hiris


Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit)
(topping izah tak buat yo)

Untuk Topping: (gandakan) - tapi akak x buat resepi ni...guna resepi Noreen ni yea..)
  • 130g coklat masakan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan campuran susu cair dan air
  • 2 sudu besar mentega
  • beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan
Cara:
  1. Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air. Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuang ke atas kek.
 
MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber: cik Mat
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
RESEPI KEK COKLAT MOIST LEMBAP


Bahan-bahan ( size loyang 18cm ) 

 1 cawan tepung gandum 
1/4 cwn serbuk koko van houten 
1 sudu kecil baking powder 
1 kotak susu coklat (250ml) 
2 biji telur (size M) 
1 cawan gula halus 
1/2 cawan butter 
3 sudu besar susu pekat 
1/4 cawan minyak masak 
esen vanila 


TOPPING 

3-5 sudu besar susu pekat 
1/4 cawan serbuk koko van houten 
2 sudu besar butter 
2 sudu besar susu segar 

Cara-cara 

 Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan. 

Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan.... SeLaMat MeNcUbe....
 
 





Thursday, 9 January 2014

Dapur Ibu dah siap....

Tq abah for this..I LOVE U FOREVER..."FARIANA" AMIN.....apa yang  ibu impikan dah tercapai..alhamdulillah...ni baru ada aura nak msk sedap2 utk abah dan anak2...hehehehe...bknnyer aper setiap ibu2 mesti idamkan dapur yang cantik baru semangat nak masak kan????jesteru itu ibu ni plan ler nak wat dapur yang cantik dan simple for the house...siap beli majalah DAPUR lgi..browse internik utk inspiration dapur ibu tu...klu nak tiru sebijik mcm kat majalah tu siap duit ler plak...padan ngan rumah dah ler...hehehehe...so kat bwh nie picture yang ibu design.....cantik x?oklah kan simple dan warna merah tu mmg ibu minat sangat.....

Yang ni design ibu utk tuan kedai tu....SAMA X DENGAN YANG ATAS TU????

DAH HAMPIR SIAP

LAST TOUCHING.................
dah siap kan????kebetulan hari yang diaorang pasang tu ibu xdapat nak tgk coz ibu kerja haritu...abah yang snapkan picture ni...xsabar ibu nak tgknyer terus abah wassap...hehehe....aper2 pun thanks a lot my dear....


Sunday, 5 January 2014

Dah Darjah 1 Anak IBU..............

Assalamualaikum W.B.T

salam satu malaysia....dah lama xkeyin aper kat dalam blog ni..bknnyer aper jari jemari ibu ni malas skit sejak kebelakangan ni...sibuk dengan mcm2 hal...mengalahkan PM lagi...

first....ibu nak citer pasal KAKAK...
kakak dah masuk Darjah 1...ermmm cepat sungguh masa berlalu..dah 7 tahun anak sulung ibu...anak masuk darjah 1 ibunyer yang xcited...hihihihi...bknyer aper mengimbau kembali saat ibu masa dulu masa mula2 ibu masuk darjah 1 ibu nangis "opsss jgn citer kat org tau"...hehehehe "anak ayah katakan"...TAPI anak ibu yang sulung ni bagus sggh xrasa aper2 pun...BAGUS2....steady jer....
nana with ibu

nana with along "anak k.ita"



Wednesday, 11 September 2013

Setelah 2 Tahun Menunggu.....kini ALHAMDULILLAH......


RUMAH MESRA RAKYAT

KINI..........rumah yang ditunggu-tunggu




 reka bentuk dalaman.....sebelum di tukarkan catnyer....
 dapur ibU yang masih belum siap
tandas bilik utama
 SETELAH DI DEKORASI.....


DAPUR YANG MASIH BELUM SIAP......

BILIK KAKAK....deraemon....



BUAH HATI IBU DAH ABAH....

kakak.....abg Mirul......Adik Airis
video


berulang kali ibu tgk video nie...geli hati ibu tgk perangai anak2 ibu nie....

Welcome back......

salam....
amboi...amboi..amboi dah lama rasanya ibu xcerita gebang2 kat cini bknnya apa masa dulu tu ibu malas sgt nak menaip almaklumlah...ibu tengah sarat mengandung kan!!!!!so sekarang nie setelah cuti 3bln bulan menjaga si kecik tu so mcm2 la cerita nak tulis....kebetulan masa cuti haritu kitakan sambut raya... &....."masuk rumah baru" so teringin la jgk nak share2 kat blog nie...

first ibu nak tunjuk la picture orang baru.....ha..tudia...........AIRIS LIYANA NATASHA...seberat 2.78kg deliver pkl 4ptg hari rabu
hari ke-2 Airis kat Wad



hari ke-3 stil di Wad lagi

hari ke 5 adik dah balik umah...kakak nana dah xsabar nak riba adk....

ibu with Airis



sayang Adik Airis




 

Monday, 5 November 2012

SAWADIKAP...KhAP KHUN KhAP..KhAPP

HEHEHE...sawadikap...hok tu jela yang tau ponnn :)...ok entry kali nie nak crite bab minggu lps punya hal...masa ibu ,abah & abg syawal trip to hatyai...xcely nak p krongek tapi dah alang2 menyeluk macuk ke Thailand aper lagi lajak la p sampai ke hatyai nuuunnnnn....ermmmm best la jgk tgk tmpat org...tapi best lagi klu ibu bwk adik & kakak p...tapi xper nextime ibu p lain...lagi pun tmpat yang ibu p tu UNDERMAINTANANCE lgi...mgkin ujung bln 12 nnt baru siap....lagipun ibu just p tgk riki2 tmpat baru...nnt baru GRAN2 punya hal ibu mesti bawak adik & kakak punya....hehehe...
k sambil ibu load picture ibu criter k...
maser nie baru jer sampai kat HATYAI FISHING TRIP...
 k ....tempat nie berdekatan jer ngan Hatyai Park...yang tempat ibu nak p tu ICE DOME...
Berlatar belakangkan tempat pancing

ha....ikan telah pun tertangkap

naka lawan ngan ibu ker?????


TOLONGGGGGGGG...robot tangkap ibu....


ICE DOME kat belakang tu....


ha  klu tgk pic nie jgn dok repot kat polis plak..sbb kat tmpat nie xder nyer nak saman2 hehehehe

Merpati 2 Sejoli.....
ok lah....setakat ini lah sahaja cerita ibu...insyaallah xder aral melintang terkejut tergempaq sampai la ibu ke situ lain WITH MY DAUGTHER & MY SON.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...