Followers

Sunday 22 July 2012

Salam Ramadan Buat semua...

Selamat menyambut Bulan Ramadan buat kengkawan yang beragama islam...smoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnyer....fuhh ayat!!!!insyaallah ibu tahun nie akan cuba buat yang terbaik especially tahun ni anak ibu dah msk 5 tahun so ibu dah kena ajaq anak ibu berpuasa....syukur alhamdulillah anak ibu dah faham skit2 erti ramadan..."ibu pesan kakak jgn makan dan minum kat sekolah sbb kakak pose''bila blik  ibu tanya, kakak ada mkn aper2 x kat sekolah..."TAK NANA XMKN APA2 PUN" jawab nana...pastu ibu janji nak masak special untuk nana...seronok la dia masih still senyum lagii..so syukur alhamdulillah kakak dah belajar dari apa yang ibu cakapkan.. tapi bila dah nak msk jam 7 meronta-rontalah anak ibu "lapaq...lapaq...lapaqqqq ibuuuu..." ala kakak skit jer lagi nak berbuka...hahaha last2 dia bukak jgk poser dia :( sbb dah memang xlarat & teriak2 dah sbb lapaq...hhuuhuhu...tp xpalah xlist anak ibu dah belajaq berpuasa dah ....xpa ibu kata kat kakak esok kakak cuba lagi ok.....insyaallah ibu akan cuba berusaha untuk anak ibu menjadi insan yang berilmu dan berjaya...AMINNN

so kat sini ibu nak share

 beberapa tip yang berguna untuk ibu seperti saya dan juga sahabat semua, sebagai panduan untuk mendidik anak kecil kita berpuasa. 
1. Ceritakan kepada anak kita tentang faedah puasa. Kenapa kita orang Islam perlu berpuasa.
2. Biarkan mereka berpuasa mengikut kemampuan mereka,  jangan memaksa dia meneruskan puasa hingga waktu berbuka andainya dia sudah benar-benar tidak mampu untuk meneruskannya lagi. 
3. Beritahu anak kita puasa itu bukan setakat tidak makan dan tidak minum saja tetapi perlu menjauhkan diri daripada sifat malas, marah, mengata orang. 

4. Didik dia bangun sahur. Beritahu dia tentang kebaikan bersahur. 

5. Galakkan anak kecil kita tidur awal pada malam hari untuk memudahkan anak bangun bersahur. 

6. Tunaikan solat Subuh berjemaah sekeluarga. 

7. Sebagai penambah semangat dan dorongan, sediakan makanan kegemaran si anak kala berbuka. 

8. Hindari anak kita daripada melalui kawasan yang mampu memberi dugaan kepada dia, contohnya melalui restoran makanan segera . 

9. Jangan biarkan anak terlalu banyak menonton TV atau bermain game. Galakkan dia melakukan aktiviti berfaedah seperti mengaji, mendengar bacaan Al Quran 

10. Libatkan anak-anak dengan aktiviti kebajikan 
a - Sedekah makanan kepada yang memerlukan 
b.  Memberi derma pakaian atau sebagainya 

11. Kurangkan bermain yang boleh memenatkan, contohnya bermain basikal, bola sepak 

12. Iangan bandingkan kemampuan berpuasa antara anak-anak kita walaupun mereka adalah adik beradik. 

13. Cuba tawarkan ganjaran tetapi jangan keterlaluan. 

14. Elakkan anak kita daripada terlalu kerap melihat jam kerana ianya akan membuat masa lambat bergerak


sumber : jendelahidup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...