Followers

Wednesday 31 October 2012

Menangani Suami Panas Baran

Assalamualaikum.......



Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain. Perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama lain. Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza.

Namun bagaimana jika suami anda seorang yang panas baran?
Ada yang berpendapat bahawa sifat panas baran akan hilang jika sudah berkahwin. Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat panas baran ini  sehingga ke alam rumah tangga. Seringkali banyak yang kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas.
Oleh itu,  bagaimanakah caranya menghadapi suami panas baran yang anda cintai itu?

1. Berhenti merajuk
Rajukan adalah suatu perkara yang sangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang  wanita sangat ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan mudah emosi jika melihat anda merajuk.
Tips: tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat. Cuba cari waktu yang sesuai  untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang disukainya. Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga.

2. Berfikiran Positif
Apabila si suami mulai marah tanpa alasan dan mulai meleret kearah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan. Hati – hati, ini akan menyebabkan  anda akan terpancing untuk naik angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi.
Tips: dekati dia dan belai dengan sentuhan lembut tangan Anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan bahawa anda mengerti dan memahaminya. Jangan balas dengan cercaan pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan membantunya merasa lebih tenang.

3. Luangkan Waktu Bersama
Susun kegiatan bersama yang menyenangkan setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin, namun sebuah saat dimana waktu bersama adalah yang paling penting di dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan menyelami perasaannya.
Kunci yang harus selalu kita pegang adalah: kesabaran
Seseorang memang boleh berubah, namun memerlukan waktu yang cukup lama kerana dia masih perlu belajar beberapa perkara untuk menyesuaikan diri. Jadi, jika suami anda panas baran, jangan terburu – buru meninggalkannya dan mengucapkan “ceraikan saya”.
tq for sharing
"SHARING IS CARING"

3 comments:

  1. nice posting tun!

    memang setuju la tu..kalau bini panas baran pun ble buat tips yang sama..hehe

    ReplyDelete
  2. Betoi tu encik...hehehe...sharing is caring...

    ReplyDelete
  3. setuju... dan yang paling penting adalah memahami pasangan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...