Followers

Sunday 20 November 2011

Pemimpin yang adil

  •  pemimpin yang adil itu sebagai penahan mana yang condong, tempat berlindung orang yang teraniayamemperbaiki mana yang rosakmenjadi kekuatan bagi yang lemahmembela orang yang tertindas dan tempat mengadu bagi orang yang ditimpa malang.Pemimpin yang adil adalah umpama
  •  pengembala yang penyayang mengembala unta yang menyayanginya, menghalaunya ke padang ragut yang subur, menjauhi ternakannya dari tebing yang curam, mengawasinya agar tidak dibaham oleh binatang buas, menjaganya supaya tidak mati kesejukan atau kepanasan.

    Pemimpin yang adil  adalah umpama 
  • seorang ayah yang mengawasi anak-anaknya. Dia mengasuh mereka pada waktu kecil dan mendidik meraka ketika besar. Selagi si ayah itu masih hidup, maka segala usahanya adalah demi anak-anak. Manakala setelah dia mati, segala harta peninggalannya adalah untuk mereka.

    Pemimpin yang adil adalah umpama
  •  seorang ibu yang menyayangi anaknya. Dia mengandungkan anak itu dengan penuh keperitan dan melahirkannya dengan penuh kesakitan. Pada waktu kecil, anaknya dibelai dan diasuh sehingga matanya tidak lelap kerana menjaga anak itu. Jika anaknya sihat dia berasa sukacita. Jika anaknya mengadu sakit hatinya gelisah.

    Pemimpin yang adil  adalalah seperti
  • seorang penjaga anak yatim yang menerima wasiat ayahnya sebelum wafat. Pemimpin yang adil umpama tempat menyimpan barang bagi yang miskin dan yatim. Yang kecil diasuhnya dan yang besar diuruskan hal perbelanjaaanya.

    Pemimpin yang adil ,
  • adalah orang yang berdiri di batasan antara Allah dan hambanya. Kalam Allah didengarnya, disampaikan kepada rakyat. Wajah Allah yang dilihatnya dijelaskan kepada rakyatnya. Dia berpegang pada tali Allah lalu dengan itu dia memimpin rakyatnya.

    janganlah bertindak seperti seorang khadam yang dipercayai oleh tuannya untuk menjaga harta beliau dan kaum kerabatnya, lalu dimusnahkan segala harta itu. Akibatnya tuannya dilantar miskin bersama kaum kerabatnya kerana perbuatan itu.

    Selain itu, ingat akan kematian dan apa yang berlaku selepas kematian. Ingatlah, ketika menghadapi kematian hanya sedikit yang menjadi pembantu dan tiada siapa yang akan menolong. Oleh itu, persiapkanlah bekal untuk mati dan untuk apa yang akan berlaku selepas kematian.

    Ingatlah , alangkah dahsyatnya nanti ketika isi kubur dibongkar, segala isi dada dikeluarkan dan segala rahsia akan dibongkar, kita akan menyaksikan segala-galanya dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besar semuanya akan tertulis.



Oleh itu, sementara  masih dapat berfikir secara tenang, insaflah sebelum ajal datang, sebelum terhenti segala impian. Janganlah diperdaya oleh orang-orang yang beroleh kemewahan dunia padahal kemewahan itu adalah di atas kesengsaraan  sendiri. Mereka menikmati makanan yang enak di dunia tetapi kehilangan nikmat di akhirat. Usah dipandang dan dipercayai kekuatan nikmat, kekuatan hari ini tetapi ingatlah adakah masih ada kekuatan dan kudrat  nanti, padahal ketika itu telah terkurung dalam belenggu kematian, 
waallahuallam.........

MORAL OF THE STORY.......BUKAN SENANG NAK JADI PEMIMPIN.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...