Followers

Tuesday 17 May 2011

Ubah Hidup jadi Baik Bukan Dengki Sesama Sendiri......

Setuju tak kalau saya katakan yang setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi. Semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.
Benarkan?
Yes, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing. Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun Tuhan dengan super indah ok.
Jangan nak banyak tanya.hehehe.
Jadi, untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib someone. Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesame sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.
Rasanya, kalau korang boleh fikir macam tu. Tak kan ada kot rasa cemburu itu ini sesame sendiri. Kadang-kadang, dengan ahli keluarga sendiri pun kita boleh cemburu. Kan? Saya mengaku memang ada. Hahahaha!
Saya pun manusia biasa. Hahahaha! Pincang sana sini babe.
Kadang-kadang saya kesian dengan manusia ni. Tak boleh nak tengok kawan-kawan sendiri “lebih” daripada dia. Mula lah nak dengki itu ini, buat cerita merapu sebab tak puas hati, senang cerita semua kerja jahat dia nak buatlah. Yang penting bagi dia, hati dia puas!
Jangan kata kawan, kadang-kadang dengan bekas kekasih sendiri pun ada yang dengki dan tak puas hati bila yang satu ni hidup lebih bahagia daripada dia. Mungkin dalam diri ada rasa sedih, terguris,sedikit cemburu atau apa saja dengan bekas pasangan kita.
Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian insan yang pernah kita sayang? Iklaskan saja kan lebih baik.
Banyak habiskan masa dekat pantai ker buat saya lebih hargai hidup sebenarnya. Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup. Buat saya lebih bersyukur dengan Tuhan.
Saya kurang sisi sini, ada kawan-kawan lain yang kurang sisi sebelah lain. Saya dapat rasakan keadilan Tuhan di situ. Thanks Allah.
For me, rezeki dan nasib kita sudah molek-molek ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Cuma, apa yang kita boleh buat. berusahalah sedaya boleh menjadi manusia yang baik dan lebih baik dari sehari ke hari dan bukan menjadi lebih teruk.
Kita hidup perlu ada hala tuju. Jangan jadi lalang. Goyah ikut angin. Kan lebih elok kalau tetapkan hati, bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa yang baik-baik untuk orang lain. Bukan tanamkan dan bela  rasa busuk hati dalam diri.
Percaya tak, ada sesetengan orang tu. Dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress!!!! hahaha. Dont worry, saya ada tips baik punya untuk hilangkan stress. Silalah ikut jika mahu lagi stress. wakakak. Ok, enuff  for now. Maceh!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...